Perebutan kepemimpinan Abd-al-Dar_bin_Qusai

Keturunannya yang disebut Bani 'Abd al-Dâr berkuasa sehinggalah era pemerintahan kota suci Makkah oleh anak 'Abd al-Dâr, setelah itu terjadilah tuntutan agar tampuk kekuasaan dialihkan kepada Bani 'Abd al-Manâf, bermula oleh anak 'Abd al-Manâf bin Qusai iaitu Hâsyim bin 'Abd al-Manâf.

Akhirnya tampuk kekuasaan tersebut diberikan kepada Bani 'Abd al-Manâf yang dipimpin oleh Hâsyim bin Abd' al-Manâf. Mengikut ikatan perjanjian, keturunan 'Abd al-Dâr iaitu Bani 'Abd al-Dâr hanya berhak memegang kunci Kaabah sekaligus bertanggungjawab memelihara Kaabah sehingga hari ini dengan identiti baru dikenali Bani Syaibah. Serta Bani 'Abd al-Dâr juga mempunyai hak-hak mereka yang lain, dan tempat tinggal mereka harus diteruskan fungsinya sebagai Dar an-Nadwah atau Rumah Majlis. Sedangkan Bani 'Abd al-Manâf berhak menetapkan pajakan serta menyediakan makanan dan minuman bagi para jemaah Haji. [1]